logo
×

Sabtu, 29 Februari 2020

Benci Permusuhan, Ada Rakyat Hindu Jadi ‘Pagar’ Ketika Muslim Di India Solat Jumaat

Benci Permusuhan, Ada Rakyat Hindu Jadi ‘Pagar’ Ketika Muslim Di India Solat Jumaat

DEMOKRASI.CO.ID - Kemelut yang melanda masyarakat Muslim dan Hindu di India dilihat semakin menggusarkan. Angka kematian juga seakan tidak terkira banyaknya kerana permusuhan yang terjadi membuatkan mereka bertindak kejam.

Masyarakat Hindu dengan sewenangnya melakukan serangan terhadap masyarakat Muslim tanpa sebarang perikemanusiaan.

Masih ada yang tidak menyokong pertelingkahan

Walau bagaimanapun, menerusi muat naik tular di media sosial sejak semalam, barisan masyarakat beragama Hindu yang tidak memusuhi Islam telah melakukan perkara yang begitu mengharukan.

Dari laman Facebook Update&Info yang sumbernya diperoleh daripada media India, beberapa orang lelaki Hindu telah membuat hadangan kepada masyarakat Muslim yang sedang menunaikan Solat Jumaat.



Jadi pagar untuk orang muslim

Mereka semua dilihat bertindak sebagai pengawal dengan memegang tangan satu sama lain untuk membuat pagar ketika Muslimin sedang mendirikan solat Jumaat dikawasan bawah khemah.

Walaupun tidak dapat dipastikan kesahihannya, namun perkara tersebut seakan tular di laman sosial sejak semalam. Ia juga sedikit sebanyak memjelaskan bahawa masih ada masyarakat yang membenci semangat rasis yang ditunjukkan oleh sesetengah puak.

Kekacauan di India adalah disebabkan pertelingkahan agama antara Hindu dan Islam di New Delhi India dan masih melarat sehingga ke hari ini.
Follow
Terkoneksi dengan berbagai Sosial Media kami agar tetap terhubung dan mengetahui Informasi terkini.
Jangan Lupa Subscribe YouTube DEMOKRASI News: